My Mood

MOOD : Gangguan emosi''
16/09/2016



Jumaat, 14 Mac 2014

Cara dan panduan permohonan guru ganti atau guru sandaran

Salam semua, hari ni Ain nak share kat korang tentang permohonan nak jadi cikgu ganti. Kalau korang takde keje ape nak buat time abes pekse , cer mohon jadi cikgu ganti :)
 Guru ganti atau guru sandaran ni biasanya akan diperlukan bagi memenuhi kekosongan sementara guru yang sedang bercuti atas sebab masalah kesihatan, bersalin, menyambung pelajaran, atau sebab-sebab lain yang berkaitan. Kelayakan minimun pemohon ialah SPM.
Mula-mula sekali kita perlu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di tempat kita nak mohon. Contohnya kalau nak sekolah dalam daerah Melaka, mohonlah di PPD Melaka dan dll . Jangan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), sebab yang menguruskan guru ganti ialah pihak PPD.


Bila nak ke PPD tu sila siapkan beberapa dokumen yang diperlukan, contohnya:


  • Resume;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan surat beranak;
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Salinan sijil-sijil atau dokumen pengiktirafan yang berkaitan;
  • Gambar Passport (1 keping).

Gambar passport tu diperlukan semasa kita mengisi borang yang akan diberikan oleh pihak PPD nanti. Semua salinan sijil dan dokumen yang hendak diserahkan tu pastikan disahkan terlebih dahulu. Sijil tak perlu nak berkepul-kepul, cukup untuk menunjukkan kelayakan kita untuk jadi guru ganti. Lepas dah siap semuanya, cuma tunggu panggilan daripada pehak mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan