My Mood

MOOD : Alhamdulillah dengan apa yang ada''
23/06/2018



Khamis, 27 Jun 2019

Bersawang dah blog aku.

weh weh weh rindunyaaaa nak berblog. Last aktif pun zaman student dulu. Alhamdulillah sekarang dah berjaya jadi orang.Boleh wawen dah hikhik. Banyaknya moment yang terthrowback bila bukak blog ni. Dah berhabuk dah. Jarang gila dah bukak blog. Hari ni tetiba nak bukak blog balik. Sekarang sistur dah jadi dental therapist dah kat sebuah klinik kerajaan. So sesapa nak tanya pasal gigi anak dia boleh boleh boleh 😉. Hmm since tengok blog ni pun dah usang, rasa macam nak start balik berblogging even i know nobody akan read this post. Takpa one day sistur bukak baca balik serius leh tangkap leleh. Hmm, dulu ngan sekarang banyak beza. Dulu kenal ngan orang lain, sekarang dah kenal ngan orang lain. Dulu ada member sekolah je, sekarang tambah member kolej ngan member tempat keje. Dulu ada motor je #babyblue, sekarang Alhamdulillah dah boleh pakai kereta #babyblack. Dulu macam comot siket, sekarang macam comel siket haha.
.
ntah, nak cerita pasal apa lagi ek. takpa la. Nak selit gamba siket. Senang nak throwback. Ada kerja ni. Nanti sambung balik. Tata
.
at KP Peringgit Melaka. Friyay. 2.27 pm. 280619.

i'm turn 23 last year.

convo in oct 2018. Convo sampai malam kauuu.

Now i'm dental therapist *gambar time praktikal

Khamis, 15 September 2016

Saya misi gigi *Cikgi

Hmm, lama dah tak update blog ni kann. Well, busy study sekarang. Ain study kat Penang. Rasa menyesal tak study dalam bidang pergigian? rasanya tak. Best jugak. sebab selalu kena marah. Opppss. hahaha. Takdelaah, gurau jerrr. Mestilah best. Check gigi budak-budak comel, bagi nasihat diet kat dorang, tampal gigi dorang, cabut gigi dorang. Alahaii comel je bebudak tu. Tapi tu lahhh, tengok member happy sambung ijazah adalahh jugak terdetik siket lam hati ni, wat pe la amek form 6 dulu kalu tak dapat sambung degree cam dorang. Tapi tulahh orang kata rezeki Allah ni kita tak sangka. Maybe kalu Ain sambung degree sekarang, mesti Ain ada kat UM dah sekarang amek kos Ansos. Ehhh, takpelah. Lupakan semua tuu and move on. Korang ingat senang ker nak jadi misi gigi ni? 24 jam stress memanjang, nak cari patients kene belek belek kad hijau *LP8 yang bertimbun- timbun bagai. Tu belum kira yang salah panggil patients yang dah buat Re-Exam yang kena panggil 6 bulan balik. Kena taip MySms hantar kat mak ayah patients suruh datang temujanji. Pegi bilik rawatan pagi-pagi bila balik dah gelap. Belum campur serabut hilang barang lagi, kena marah lagi, kena tadah telinga bagai. Cam ni laahhh sis Ain nak nasihatkan, sape yang minat nak jadi misi gigi *sebenarnya dah jadi juruterapi pergigian mohonlah SPA. And satu je sis nak bagitahu, hati tuu kena sadoo siket. Penat tuu, semua orang penat. Tapi kat sini emosi n fizikal kena kuat sebab dorang ni kuat psikooo. Kbai *Lambaitangan