My Mood

MOOD : Alhamdulillah dengan apa yang ada''
23/06/2018



Selasa, 14 April 2015

Guru Ganti Part 1

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah sebab tunaikan impian aku untuk jadi cikgu walaupun sebulan je. Sebab sebelum berhenti sekolah *stpm pernah terangan angan nak jadi cikgu ganti dengan suasana bebudak ngah belajar bagai. Akhirnya Allah dengar permintaan aku. Alhamdullilah.


Ok, ceritanya bermula apabila aku habis sekolah then takda kerja time tu. Aku pun hantarlah borang untuk jadi cikgu ganti kat PPD Alor Gajah *masa tu bulan 11. Masa aku kerja kat spa as pembantu spa dalam bulan 4 pada waktu petang, tetiba telefon aku berdering so aku pun angkatlah dengan nada serius sebab dah banyak kali bebudak mana ntah duk kacau aku. Aku ingatkan sapa rupa-rupanya orang PPD call tanya nak terima tak guru ganti kat sekolah sk Kem terendak 1. Dan masa tu orang tu suruh aku masuk hari Isnin dan hari isnin tu jugaklah aku ada interview SPA8i. Masa yang sama aku dah kerja kat spa. But aku rasa macam tak percaya je dapat jadi cikgu even cikgu ganti sekalipun. Lepas PPD call, aku pun bincang ngan bos aku kat spa tu. But u know her action? dia tak bagi aku pergi sebab nak suruh aku stay kerja sana. Ye aku akui kerja kat situ best, rilex, chill but aku ada impian aku jugak. Dan impian aku adalah ingin menjadi seorang pendidik. Aku pun ada mohon UPSI dan kalau aku ada pengalaman jadi cikgu ganti maybe masa depan aku cerah siket nak dapat masuk UPSI lepas exam medsi ngan interview. So, aku terpaksa jadi selfish. im soo sorry. sebab aku pernah kesiankan orang tapi orang tu tak pernah pun fikir pasal aku. So aku dah belajar dari situ untuk selfish tapi bertempatlah kan?

Hari ni, hari selasa aku dah lapor diri dekat sekolah kebangsaan kem Terendak satu untuk ganti cikgu bersalin selama sebulan lebih. Dan aku kena mengajar subjek sains, kemahiran hidup dan seni. Budak darjah 6 lagi tuu. Risau jugak kang mengajar ajaran sesat pulak, haha. Dah la dorang tahun ni upsr. But i will try my best! inshaAllah.

First masuk kelas 6 Cerdik. Wah memang excited gak la. Tapi biasa lah budak budak ni degil siket. suruh diam, diam sekejap pastu bising balik. Takpe hari ni aku bagi chan la bermanja manja ngan aku. Next week aku kena tegas sebab dorang kena study betul betul sebab dah nak dekat upsr. Kalu dorang berjaya aku pun tumpang gembira. Second, aku termiss kelas 6 Arif untuk ajar sains but nasib baiklah lepas tu ada subjek KH kat kelas yang sama. Akhir sekali aku relief kelas 3 Bijaksana. Perhh, budak budak ni susah nak kawal tapi aku tak kesah sebab dulu pun aku penah macam dorang.

Aku harap aku dapat gantikan cikgu tu dengan baik. Aku nak terapkan kat budak budak ni untuk minat belajar. mungkin aku akan buat kuiz dan belajar happy happy takyah stress sangat supaya dorang minat nak belajar.

Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan