My Mood

MOOD : Gangguan emosi''
16/09/2016



Selasa, 26 Mei 2015

Last Day bergelar 'Cikgu' di Sk Kem Terendak 1, Melaka.

Okay, Assalamualaikum semua. Sehat? Harap korang semua sehatlah yer. Even aku tahu takde sape pun yang baca belog aku ni. But, harap bila aku baca balik kisah kisah dalam belog aku ni, aku tengah sehatlah hendaknya. hehe

Tanggal 27/5 genap 2 bulan jadi cikgu ganti dan akhirnya aku dah ditamatkan 'kontrak' oleh PPD untuk ganti cikgu yang cuti bersalin. Before aku jadi cikgu ganti ni kan, aku ramai jugaklah mintak pendapat and tanya macam mana jadi cikgu ganti ni? best tak? hah, kali ni biar aku cerita. Kengkawan aku ramai kata penatlah sebab ada koku, sebab budak degil, blah blah blah. Tapi, bagi akulah kan, ni bagi aku tau, jadi cikgu ni even cikgu ganti sekali pun memang banyak cabarannya. Antaranya, ada suatu hari ni, lepas aku habis kelas dan nak duduk kat bilik guru, aku pun terlihat sehelai kertas kecil atas meja tempat aku duduk tu. Lantas aku baca isi yang tertulis lam kertas tu. Kau tahu apa isi dia? Ada sorang parent budak tak puas hati sebab aku tak bagi kertas peksa seni awal awal kat anak dia. But u know what, sebenarnya kertas peksa seni tu dah bagi awal dah kat memurid ni. So keesokan hari tu aku tanyalah parents mana yang bagi surat layang ni. Ikutkan hati aku, aku nak je cepuk budak tu. Tapi sabo je lah. Akhirnya ada sorang budak lelaki ni mengaku yang ayah dia yang tulis surat tu. haha Bebudakkk~ So, aku tanyalah asal tak dapat kertas peksa seni lagi sebab semua kawan dia kata semua dah dapat. Last last dia mengaku dia yang hilangkan. Ciss budak ni misti cakap kat ayah dia yang dia tak dapat lagi pastu salahkan cikgu pulak. Hah, tu la cabaran aku.

Cabaran yang seterusnya adalah kau kena jadi peramah kalu jadi cikgu ganti nih. Sebab apa? sebab kalu kau diam bisu je cikgu cikgu ni tak layan kau and susah nak tolong kau. Tapikan, ada tau cikgu yang baik ngan aku. yang start bukak cerita dia dulu even aku tak tanya apa apa pun. haha

Penat? haha, bagi aku semua keja penat. Mana ada goyang kaki dapat duit. Tapi rasa penat aku ni berbaloi tau tak sebab bila tengok karenah bebudak ni rasa macam imbas balik zaman sekolah dulu yang degil, tak siap keja sekolah. haha

Bebudak ni memacam ragam dia. Ada yang manja, ada yang malas, ada yang pandai, ada yang degil. huhu. Tu lah, kalu ajar kelas yang last last lagilah. Suruh diam, kejap je diam pastu bising balik. Pening-peningggg. haha

Tapiiiiiiii ni semua tinggal kenangan je nanti. Mesti aku rindu balik nak jadi cikgu. Oh bestnya jadi cikgu.



Semuanya kenangan dalam tahun 2015. Lama jugak aku nak tunggu jadi cikgu ganti ni. Hampir 4 bulan dan hampir tak jadi cikgu ganti nih sebab bos aku yang dulu macam tak bagi aku pergi. Tapi Allah faham perasaan aku, bila lepas aku pergi interview separa perubatan SPA, dalam kereta tu jugaklah orang PPD suruh datang pejabat amik surat jadi cikgu ganti. Kena gi mahkamah jugak sebab kena cop apa ntah aku dah lupa. haha. Kalu yang anak cikgu tu bestlah. Mak ayah recomentkan, esok dah boleh jadi cikgu. *hehe jangan maraaaaah. Akhir kata, terima kasih Allah sebab makbulkan permintaan akunak jadi cikgu even sekejap je. Terima kasih jugak kepada seorang jejaka tampan lagi baik hati sebab banyak sokong dan beri pertolongan saya untuk apply jadi cikgu ganti. Terima kasih semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan