My Mood

MOOD : Gangguan emosi''
16/09/2016



Jumaat, 29 Mei 2015

Jalan-jalan kat Pulau Pinang.


Hai, semoga para pembaca sehat walafiat walaupun aku tahu mane ada orang nak singgah blog aku ni. Rasa bersyukur nikmat kesihatan yang Allah beri ni sebab hari ni aku sehat walafiat. Alhamdulillah. Sebab semalam punya semalam aku pening kepala gila babun dengan stressnya dengan masalahnya. Ya Rabbi. Sekarang ni aku dah tak keja. Jadi penganggur kejap pastu sambung studylah gamaknya!, so im blogger separuh masa. Sepenuh masa jenuh aku duk depan lappy je. haha

Aku nak throwback kisah aku gi berjalan jalan kat penang ngan member member aku ritu. Sekarang baru ada masa lapang aku nak cerita semuanya! Antara sebab-sebab aku nak pegi USM under sekolah lama aku #smksultanalauddinmelaka adalah aku nak jejalan kat Penang sebab aku tak pernah jejak kaki aku kat situ. Then, nak tengok USM tu macam mana. Ternyata memang ohsem ahhh!

Tapikan sebenarnya lawatan ke usm ni untuk form 6 under aku. Tapi aku as a senior ni tukang menyebok nak ikut gak. haha. Kengkawan aku yang sama baya ikut pi Penang ni pun leh kira. Tu pun budak kelas aku je yang ikut. And gegerl just aku ngan member chineses 2 orang.

Kami 3 orang je gegerl senior yang ikut.

Ok aku singkatkan jela. Nak cita bebanyak kang panjang berjela jela. Jenuh nak baca.
Kami bertolak gi penang malam dalam pukul 10 then sampai usm pagi dalam pukul 7. Sampai sana kami pegi masjid solat dulu pastu pegi makan kat kafe usm. Hari tu jugaklah bebudak ni dapat hakak dan habang angkat. Tapi bagi aku ni berita paling malang sebab aku takde hakak angkat. wakakaka.

So far aku tengok usm ni ok lah. Best pun best jugak. Tapi nak masuk sana memang tarf la. Result kena gempak pak pak pak! kite orang duk kat usm tu pergi muzium usm, pergi melawat perpustakaan Hamzah Sendut, gi karnival yang dorang buat. Berborong sakan aku beli kek, tudung, baju kat sana.

Muka takleh belah. haha*dalam muzium usm

Salah satu babak dalam perpustakaan Hamzah Sendut usm. *candide

Last day, kite orang gi beli jeruk Pak Ali. Kalu pegi penang tak singgah memang tak sah korang punya cuti tu. haha. Pastu gi bukit bendera. Aku punyalah fikir naik bukit bendera tu naik macam keta kabel tapi fikiran aku merosot sebab keta tu macam lrt, dah macam sardin kena himpit. Even sardin yang dalam tin tu pun ada udara siket kat dalam tu. haha.

dekat atas bukit bendera.
isi masa lapang tunggu nak naik atas bukit sana
yeayy, finally im here!


Habis pegi sana nak dekat petang jugak. Masa petang tu pulak hujan and takde fill nak jenjalan. Tapi kite orang singgah kat kota lama yang dekat ngan pantai lepak sana sampai pukul 10 malam. Masa tu aku dating ngan pakwe ape lagi. hahhaaaaaa.

Malam pukul 10 tu kite orang gerak balik melaka. dalam perjalanan balik melaka tu aku tidoooo je memanjang tak sama sebelum bertolak nak pegi penang, aku berjaga sebab nak tunggu lalu jambatan pulau pinang. haha.

Best jugak jenjalan reramai ngan memberkan? bila lagi kalu bukan hari tu. Pastu memasing buat hal sendiri.

Tapi aku rasa aku sambung belajar kat penang jugak one day. Sebab interview SPA aku lulus then aku ditempatkan di Pulau Pinang. Ohh, itu cerita lain.

Sekian. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan